Monday 21 March 2011

Taska dan Tadika Temanku

Dimiliki oleh Syarikat Rimba Ilmu Enterprise...
No 35, Jalan Cengal 1, Taman Impian Ehsan, 43300, Balakong, Selangor Darul Ehsan.
0173215980 /0176255980 /0340425980 /0123442159
Cawangan terbaru telah mula beroperasi sejak 3/1/2011.. di Tingkat 1, Menara PJD, JKR, Jalan Tun Razak..

Pengenalan

Taska Dan Tadika Temanku merupakan sebuah pusat penjagaan, perkembangan serta pembelajaran awal kanak-kanak. Ia menawarkan perkhidmatan penjagaan serta pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 2 bulan hingga 12 tahun. Pusat ini dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Rimba Ilmu Enterprise.

Perkhidmatan / program asas yang ditawarkan ialah:

Program Taska (penjagaan sahaja) - berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain penjagaan asas, kanak-kanak ini juga mengikuti program berikut:

ü  Program Perkembangan Linguistik
ü  Program Perkembangan Motor
ü  Penghayatan agama Islam dan adap
ü  Iqra’
ü  Amalan kebersihan dan kesihatan
Program Playschool dan Tadika (pengajaran) - berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Playschool:
 kanak-kanak berumur 2-3 tahun
sesi pembelajaran selama 3 jam
Tadika:
Kanak-kanak berumur 4-6 tahun
Sesi pembelajaran selama 4 jam
Matapelajaran yang akan dipelajari oleh kanak-kanak yang mengikuti program playschool dan tadika:
ü  Bahasa Melayu
ü  Bahasa Inggeris
ü  Sains
ü  Matematik (asas dan kritikal)
ü  Kelas Komputer
ü  Art & Craft
ü  Pendidikan Jasmani
ü  Agama Islam